Isnin, November 22, 2010

Cuti = ???

Alhamdulillah segala puji selayaknya bagi Allah..selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW..

Hari ini ialah hari ketiga cuti sekolah, terdapat sebilangan sekolah yang sudah pun seminggu bercuti..Apa yang ada pada cuti???Dasawarsa ini, cuti sekolah sangat sinonim dengan walimatul urus..ya, jemputan dari kenalan jauh dan dekat tidak putus-putus. Ketika inilah, 'reunion' tak rasmi terlaksana.

Alhamdulillah, akhirnya sudah sampai masa mereka menambah tanggungjawab dan menempuhi fasa-fasa baru dalam kehidupan. Sebagai sahabat, kegembiraan turut dikongsi bersama melihat seorang demi seorang sahabat tak kira akhawat atau ikhwan menukar status baru dan saat-saat penyatuan dua hati yang pastinya inginkan kebahagiaan hingga ke syurga. Insyaallah...Ameen.

Di sebalik kemeriahan 'weedings of the year' kali ini, masih ku dengar sedikit kesedihan di hati sahabat yang masih belum bertemu 'mr right' di dalam hidup. Penantian yang pastinya memerlukan kesabaran yang tidak sedikit...tatkala sahabat-sahabat seperjuangan sudah menyelusuri kehidupan yang boleh dikongsi bersama seseorang samada suka atau duka...jua dikurnia zuriat penyejuk sanubari pewaris keluarga...ya, ku mengerti apa yang tersirat dihatimu...apa yang boleh kukatakan..fissobr ya ukhti, Allah Maha Perancang yang Terbaik bagi kita.

Bagi sahabat-sahabat yang masih mencari, insyaallah pasti ada seseorang yang terbaik buat kalian. Bila tiba masanya dan ketikanya, pasti si dia akan muncul jua. Seperti dua tiga orang sahabat yang menemui jodoh tanpa memerlukan tempoh yang agak lama..terus sahaja menikah. Teruja ku mendengarnya...Sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah...jalanilah kehidupan ini dengan tenang dan manis muka.

Buat sahabat-sahabat yang akan walimah, barakallahu lakum wabarakallah 'alaikum wajama'a bainakum fil khair...Ingatlah perkahwinan itu merupakan peristiwa fitrah, fiqhiyah, dakwah, tarbiyah, sosial dan budaya (penjelasan lanjut boleh rujuk buku 'Di Jalan Dakwah Aku Menikah'). Doakan kami jua di sini sentiasa bersemangat dan menyusuli kalian dalam membina baitul muslim suatu saat nanti.
Bagi pendapat peribadiku, perkahwinan itu bukan satu matlamat utama kehidupan. Apa yang penting, bagaimana kita menjalani hidup ini sebagai hamba Allah..redho atas tiap apa yang telah ditakdirkan untuk kita, menggunakan setiap nikmat dengan penuh rasa syukur dan menyesali setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan. Apa pun jua status kita, taklifan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi takkan pernah terlucut dari diri kita.

Sesungguhnya di saat orang lain sedang berbahagia, ingatlah kita bukan keseorangan kerana kita masih punya Dia...Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Yakin dan sabarlah....kerana masih ramai lagi yang kita punya dan ada...yang masih menyayangi dan berkongsi rasa dengan kita.

P/s : Cukuplah kecintaanku untuk Allah dan Rasulku...andai datang suatu saat ada kecintaan lain untukku, biarlah ianya tidak melebihi kecintaan kami untuk Allah dan Rasul kami...

Sekadar coretan berbasa-basi....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks