Rabu, Disember 23, 2009

Hari Asyura_10 Muharram


Muqaddimah
Hari Asyura tahun ini adalah pada Hari Ahad (27 Disember 2009). Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab disebut Asyura (Kesepuluh-merujuk kepada 10 Muharram). Ia menjadi penting antara lain diundangkannya untuk pertama kali sebagai hari berpuasa dalam sejarah Islam.

Amalan Hari Asyura

Antara amalan yang digalakkan diamalkan pada Hari Asyura ialah :
  1. Berpuasa

  2. Meluaskan makanan kepada ahli keluarga

  3. Menyapu kepala anak yatim

  4. Bersedekah

  5. Menghubungkan silaturrahim

  6. Mandi sunat (bersihkan diri)

  7. Potong kuku

  8. Memakai celak (bagi lelaki)

  9. Menziarahi orang-orang alim

  10. Menziarahi orang-orang sakit

  11. Solat sunat

  12. Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

Al Allamah al Ujhuri R.A berkata : daripada 12 jenis amalan di atas, dua daripadanya sahaja yang benar-benar thabit daripada Rasulullah berdasarkan hadith yang sohih iaitu perkara (1) dan (2).

(1) Berpuasa

Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang

  • diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.”(Hadis riwayat Muslim)

  • Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:

Maksudnya:“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini. Antaranya:

  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:

Maksudnya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka, lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:

Maksudnya:
“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kelebihan Puasa Hari 'Asyura

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Peluang seumpama ini tidak harus dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’.

Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).” (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:

i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.

ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula darihari ‘Asyura’ sebelumnya).

Imam Muslim meriwayatkan daripada Sayyidina Abu Qatadah al-Anshari r.a. bahawa Junjungan Nabi s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura` dan baginda menjawabnya: "yukaffirus sanatal maadhiyah" (dapat mengkafarahkan dosa setahun yang lalu).

(2) Meluaskan makanan kepada ahli keluarga

  • Imam ath-Thabrani dan Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Sayyidina Abu Sa`id al-Khudri, Sayyidina Abu Hurairah, Sayyidina Jabir dan Sayyidina Ibnu Mas`ud r.'anhum bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang memberi keluasan / kelapangan (yakni keluasan rezki) kepada keluarganya pada hari 'Asyura`, maka Allah akan meluaskan rezkinya sepanjang tahun tersebut."

Berhubung hadis ini muhadditsin berbeza pendapat, ada yang mensabitkannya dan ada yang mendha`ifkan. Imam as-Sayuthi dalam "ad-Durarul-Muntatsirah" mensabitkan hadis ini sebagai sahih. Syaikh Zainuddin al-Malibari menulis dalam "Irsyadul 'Ibad ila Sabilir Rasyad" bahawa Imam Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Kami telah mengamalkan hadis ini selama 50 atau 60 tahun, dan benar-benar sedemikian (yakni terjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut, iaitu luas rezki sepanjang tahun).

*** Syaratnya hendaklah dari sumber dan makanan yang halal serta tidak disertai perasaan riya' dan pembaziran. Bagi yang kurang berkemampuan, hendaklah mempelokkan akhlak terhadap ahli keluarga dan memaafkan orang yang pernah melakukan kezaliman terhadap kita.

Manakala amalan lain, (3) hingga (12), sebahagian daripadanya diambil daripada dari hadith yang dhoif dan sebahagian daripadanya diambil daripada hadith munkar maudhu'.Namun demikian, memanfaat hadith dhoif dalam perkara yang berkaitan dengan fadhilat 'amal, adalah diharuskan kerana ulama hadith bersikap toleransi dalam permasalahan seperti ini. Manakala dari segi fadhilat pula, tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi ransangan kepada kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah.

Puasa Hari Tasu'a (ke 9 Muharam)

Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Ghatfan ibn Torif al Murri berkata:Aku mendengar Abdullah ibn Abbas R.A berkata :

Ketika Rasulullah sedang berpuasa hari Asyura dan menyuruh sahabat Baginda berpuasa, merek berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia (hari asyura) adalah hari yang dimuliakan oleh orang Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah bersabda, "Pada tahun hadapan sekiranya diizinkan oleh Allah, kami akan berpuasa pada hari yang kesembilan (Muharam)".

Berkata ibn Abbas R.A, " Maka tidak datang tahun berikutnya sehingga wafatnya Rasulullah."

Daripada ibn Abbas R.A, bahawa Rasulullah bersabda: "Sekiranya aku masih hidup hingga ke tahun akan datang, sudah pasti aku akan berpuasa pada hari yang ke-9 (Muharam)."

Hikmah

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.

ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

Sumber rujukan utama : Buku 'Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura' yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki.

Alfana :

Buku tersebut terdapat dalam koleksi buku-buku saya..Sesiapa nak pinjam untuk mendapatkan bahan bacaan lanjut, boleh maklumkan..nak beli pun boleh, tapi lambat sket la boleh dapat..

Jumaat, Disember 18, 2009

Kaitan 1 Muharram dengan Hijrah Rasulullah Sollallahu'alaihi Wasallam

Setiap kali menjelangnya awal Muharram, kita semua akan diingatkan dengan peristiwa hijrah Rasul. Ini kerana peristiwa hijrah Rasul merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah, bukan sahaja kepada kita kaum muslimin, bahkan juga alam keseluruhannya. Betapa tidak, hijrah telah mengubah corak peradaban dunia. Dan kesannya masih boleh dilihat dan dikecapi sehingga hari ini.

Umat Islam telah menjadikan peristiwa hijrah Rasul sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam. Kerana itu, setiap kali tahun Islam disebut, ia akan dinyatakan dengan hijrah. Sebagai contoh: “tahun 1429H akan meninggalkan kita tidak lama lagi, dan tahun 1430H pula akan menyusul”. Huruf H yang diletakkan di hujung angka tahun itu adalah singkatan kepada hijrah, sebagaimana yang kita semua maklum.

Disebabkan permulaan tahun hijrah adalah pada bulan Muharram, mungkin ramai yang keliru dan menganggap bahawa hijrah Rasul berlaku pada 1hb Muharram. Sebenarnya hijrah Rasul bukanlah berlaku pada bulan Muharram, bahkan ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal. Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).

Persoalannya, kenapakah hijrah dimulakan pada bulan Muharram, sedangkan hijrah Rasul berlaku pada bulan Rabiul Awwal? Sebenarnya, permulaan bilangan tahun hijrah, sekalipun dihitung bermula dengan hijrah Rasul, namun ia hanya bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. iaitu pada tahun ke 17 Hijrah. Ada juga yang menyatakan pada Rabiul Awwal tahun ke 16 hijrah (1). Sebelum dari tarikh tersebut, umat Islam sudahpun mempunyai nama-nama bulan, namun mereka tidak menentukan tahunnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong Saidina Umar menentukan tarikh, antaranya ialah kerana kerana Saidina Umar menerima satu surat tentang pengumpulan harta, dan ia bertulis pada bulan Sya'ban. Beliau bertanya: Sya'ban yang mana satu, Sya'ban yang lepas, atau Sya'ban sekarang, atau Sya'ban akan datang? Ada juga yang menyatakan bahawa orang pertama yang menulis tentang tarikh ialah Ya'la bin Umayyah r.a.. Beliau telah menulis surat dari Yaman, kepada Saidina Umar dengan menulis tarikh, dan Saidina Umar menganggap baik perkara tersebut, akhirnya beliau ingin memulakan penentuan tarikh. Antara faktornya juga ialah Abu Musa al-Asy'ari telah menulis satu surat kepada Saidina Umar, menyatakan bahawa telah sampai kepada beliau banyak surat-surat daripada Saidina Umar tanpa tarikh (dan ini boleh menimbulkan kekeliruan). Lalu Saidina Umar mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan tentang penentuan tarikh.

Setelah Saidina Umar r.a. mengumpulkan para sahabat untuk menentukan permulaan tarikh, timbul empat cadangan dalam menentukan permulaan tahun Islam. Empat perkara tersebut ialah daripada tarikh kelahiran baginda, atau dari tarikh baginda dibangkitkan menjadi rasul, dari tarikh hijrah atau dari tarikh kewafatan baginda. Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menjadikan hijrah Rasul sebagai asas permulaan tarikh Islam. Mereka tidak menjadikan tarikh kelahiran dan kebangkitan sebagai asas, kerana terdapat khilaf tentang bilakah kedua-dua peristiwa tersebut berlaku. Dan tarikh kewafatan pula, sekalipun jelas waktunya, adalah tidak sesuai dijadikan permulaan tarikh, kerana ia merupakan tarikh yang amat menyedihkan. Jadi tidak sesuai tarikh yang sedar diambil untuk diulang-ulangi sebutannya. Kerana itulah peristiwa hijrah adalah peristiwa yang paling sesuai untuk dijadikan asas permulaan tarikh. Kerana inilah, bila timbulnya pelbagai pendapat tentang bilakah asas yang sesuai untuk dimulakan tarikh, Saidina Umar menyatakan kata-katanya yang masyhur,
الهجرة فرقت بين الحق والباطل، فأرخوا بها
“ Hijrahlah yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Maka jadikanlah ia asas permulaan tarikh ”.

Berkata al-Imam as-Suhaili, para sahabat sebenarnya mengambil asas tahun hijrah berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah Ayat 108 yang bermaksud:
“ Sesungguhnya masjid yang diasaskan di atas ketaqwaan (Masjid Quba') sejak dari hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya ”. Surah at-Taubah: 108. Terangnya lagi: “ Ini kerana sudah jelas bahawa hari tersebut bukanlah hari pertama yang sebenar (permulaan umur dunia). Bahkan hari pertama yang disandarkan kepada sesuatu yang tidak dinyatakan dalam ayat tersebut, iaitu zaman pertama kemenangan Islam, dan zaman pertama Nabi s.a.w. boleh beribadah dengan aman (tanpa sebarang gangguan) dan zaman permulaan pembinaan masjid ”. Kerana itulah sepakat para sahabat memulakan tahun Islam dengan tarikh hijrah, iaitu hari pertama Nabi s.a.w. dan para sahabat memasuki Madinah.

Dan setelah para sahabat sepakat untuk menjadikan peristiwa hijrah sebagai asas permulaan tahun Islam, mereka membincangkan pula, tentang dari bulan manakah kita akan mulakan perhitungan tahun. Maka timbullah pelbagai pendapat. Ada yang mencadangkan supaya dimulakan dengan rejab, dan ada pula dengan ramadhan. Namun Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan muharram. Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji. Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal. Dan antara sebab yang mungkin paling tepat kerana memilih bulan muharram dan bukannya bulan rabiul awwal ialah, kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah. Dan perjanjian tersebutlah yang membawa kepada peristiwa hijrah. Dan bulan pertama yang muncul setelah zulhijjah ialah muharram, kerana itu sesuai dijadikan muharram sebagai bulan pertama, kalendar tahun umat Islam.

Jalan Hijau - Jalan biasa dari Mekah ke Madinah

Jalan Merah - Jalan yang digunakan Nabi semasa Hijrah

Inilah sebahagian fakta yang berkaitan dengan persoalan tarikh hijrah. Semoga fakta ini, sedikit
sebanyak menghilangkan kekeliruan tentang persoalan bilakah sebenarnya berlaku peristiwa hijrah Nabi s.a.w. Hijrah sebenarnya mengingatkan kita tentang pengorbanan dan matlamat perjuangan umat Islam. Hijrah juga menginsafkan kita bahawa kita sentiasa bergerak menuju Allah SWT. Kerana itu kita sentiasa perlu menambahkan kebaikan dan amal soleh kita. Orang yang berhijrah adalah orang yang berusaha meninggalkan dosa-dosa dan maksiat. Dan perkara itu tidak akan tercapai melainkan dengan keazaman yang tinggi. Sama-samalah kita berhijrah kerana Allah untuk sampai kepada Allah. Dan ingatlah bahawa orang yang berhijrah sentiasa memerlukan bimbingan Allah dalam hijrahnya menuju Allah. Hijrah bukan kerana Allah adalh sia-sia,dan hijrah tanpa bimbingan Allah, tidak akan sampai ke destinasinya.

• Sumber utama artikel ini ialah kitab Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari. (Kitab Manaqib al-Ansar, bab at-Tarikh, juz 7, m/s 341, 342).

Sumber artikel daripada salah seorang pensyarah KIAS..

Selasa, Disember 15, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

Selepas maghrib hari Khamis ini (17hb Disember 2009) kita akan menyambut tahun baru hijrah 1431. Sambutan Ma'al Hijrah kali ini disambut beberapa minggu sebelum bermulanya tahun baru masihi 2010. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita meraikan tahun baru hijrah ini lebih meriah berbanding tahun baru masihi. Jadi tidak salah rasanya kita mengisinya dengan amalan-amalan yang digalakkan dan bermanfaat sempena awal tahun baru ini. Antaranya :

1)Doa akhir tahun (pada akhir tahun hijrah 1430H)
2)Doa awal tahun (awal tahun 1431H - dalam Islam,permulaan tahun ialah selepas maghrib)
3) Doa Nabi Khidir yang diajarkan kepada Imam Ghazali
4)Doa-doa yang diajarkan oleh para ulama
5) Niat / azam baru (bukan masa tahun baru masihi sahaja..)

Mengenai perkara 1 dan 2, kadang kala terdapat pertikaian di kalangan golongan tertentu terhadap perkara ini. Oleh yang demikian, moleklah kiranya ana sertakan sebuah artikel yang ana rasa bermanfaat untuk penilaian kita bersama..

Selasa, Disember 08, 2009

Aku Budak Minang

Sekadar berkongsi cerita...antara cerita yang paling aku suka...diadaptasi daripada komik asal...yang juga antara koleksiku waktu kecik2..ntah bape kali aku khatam baca komik ni yang tidak jemu dibaca...sekarang bila dah ditayangkan dalam bentuk drama..tak kurang hebatnya...memang seronok...teringat balik asal usulku yang aku ni budak minang juga (walaupun loghat tak berapa pandai..huhu..malu2)..bagi yang tak pernah tengok bolehla tonton setiap hari Selasa pukul 8.30 malam di TV2....

Ringkasan Drama

Language : Malay

Subtitle : None


Synopsis / Info

SIAPA tak kenal kartunis bernama Ujang. Watak kartun yang dicetuskan personaliti itu membesar bersama kelompok peminatnya sendiri. Selama tempoh itu jugalah nama Ujang begitu gah di hati pengikutnya. Namun di sebalik itu, tiada siapa tahu kehidupan silam kartunis popular itu hingga wujud karakter kartun popular ciptaannya. Dan pastinya drama bersiri Aku Budak Minang arahan Zulkifli M Osman terbitan Niscam Media Sdn Bhd menyelongkar suka duka Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim Aton, 43, sejak zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.

Aku Budak Minang diadaptasikan daripada jalan cerita dan kisah yang dipaparkan dalam komik Ujang terbitan Creative Enterprise. Menerusi 13 episod, ia telah menemui penonton di kaca TV2. . Menampilkan Along (Kumpulan Cham) selaku Ujang, selain Baharuddin Omar (Atuk), Zila AF (Anor), Rosman Mohd Roslan (Aca), Maimunah Ahmad (Emak), Maimon Talib (Mak Lijah), Adzriq Adam (Zaini), Mohd Affiq Azman (Bujal) dan Enot (kakak).

Ujang berkata, inilah karya pertamanya yang diangkat ke kaca televisyen selepas 25 tahun bergelar kartunis. “Sebahagian watak yang diwujudkan adalah karakter kartun yang pernah diangkat dalam komik Aku Budak Minang, manakala sebahagiannya adalah rekaan semata-mata. Ada watak yang diwujudkan tidak menggunakan nama sebenar bagi menjaga identiti mereka yang pernah bersama dan membantu saya selama ini. “Saya berterima kasih kepada penerbit, Adam Mat dan pengarah, Zulkifli yang berminat mengetengahkan karakter kartun dan kisah hidup saya ke drama TV. Hampir 90 peratus jalan cerita yang dipaparkan berasaskan penceritaan dalam komik Aku Budak Minang,” katanya ketika dihubungi B*Pop.

Ujang berkata, kebanyakan watak kartun yang diwujudkan mempunyai pertalian dalam hidupnya. Apabila mengetengahkan karakter kartun Aku Budak Minang sekali gus menyingkap kehidupan silamnya. “Watak Ujang, Atuk, Aca dan Emak adalah mereka yang menjadi sebahagian hidup saya. Mereka inspirasi saya dalam menghasilkan karya selama ini. Bagaimanapun, saya juga insan biasa yang menjalani hidup seperti orang lain. Apa yang berlaku pada diri saya ketika zaman kanak-kanak hingga dewasa menjadi paparan karya saya. “Ibu pernah berkecil hati gara-gara saya mematikan wataknya dalam komik saya. Sekampung heboh mengatakan ibu meninggal dunia apabila saya mematikan watak ibu dan ayah dalam komik. Begitulah impak komik saya sehingga mereka benar-benar percaya ibu saya sudah meninggal dunia sedangkan niat saya hanya mahu mematikan watak ibu dan ayah dalam karya saya. Selepas menjelaskan perkara sebenar, ibu barulah faham, saya hanya berkarya. Saya tak pernah lupa, ibu antara pendorong kejayaan saya selama ini, manakala ayah pula sudah meninggal dunia,” katanya. Anor menjadi kekasih Ujang di kampung.

Akuinya, mungkin ada yang menganggap kisah hidupnya penuh ranjau duri apabila sering dipukul ibu ketika kecilnya. Dia juga pernah lari dari kampung selepas berkecil hati dengan keluarga. “Bagaimanapun, keluarga tidak pernah bersalah dalam apa juga perkara. Selepas kelahiran adik, Aca, saya sendiri rasa dipinggirkan. Akibat sering membuli Aca yang dilahirkan cacat, saya sering dirotan. Di sekolah pula saya menjadi kepala samseng dan sering membuli pelajar lain sebagai tanda protes apabila di rumah sering dipukul. Apabila direnungkan kembali, ibu memukul saya untuk mengajar saya menjadi anak berguna. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Along berkata, jalan cerita yang dipaparkan cukup unik kerana mengetengahkan sepenuhnya latar belakang dan cara hidup masyarakat Negeri Sembilan selain menggunakan negeri Adat Pepatih itu sepenuhnya. “Saya terharu apabila watak Ujang ini ditawarkan oleh kartunis itu sendiri. Beliau datang mencari saya ketika saya berada di Gelanggang Raja Lawak lagi. Tak mungkin saya melepaskan peluang keemasan ini kerana saya antara jutaan peminat kartun dan majalah karya Ujang. Saya masih ingat lagi, saya sanggup mengikat perut untuk membeli komik Ujang ketika waktu persekolahan. Mulanya saya tak yakin mampu membawa watak Ujang kerana memerlukan saya berdialog Negeri Sembilan, sedangkan saya berasal dari Johor. Tentu saya berdepan masalah. “Namun, Ujang memberikan saya semangat dan begitu yakin dengan saya. Sebelum ini, saya sering juga bertemu Ujang dalam majlis tertentu, tetapi saya segan mendekatinya, maklumlah siapalah saya. Bagaimanapun, saya tak sangka Ujang memerhatikan saya dan memilih saya untuk membawakan watak dirinya,” katanya.
Along berkata, dia tidak menyangka di sebalik karakter kartun yang diwujudkan mempunyai cerita berkaitan hidup Ujang. “Selepas membawakan watak Ujang, barulah saya dapat menyelami siapa diri Ujang yang sebenar. Saya diberitahu dialog dalam drama Aku Budak Minang berasaskan komik berkenaan, hanya sedikit saja ubah suai dilakukan. Ujang digambarkan sebagai seorang budak yang sering dipukul ibunya kerana suka membuli adiknya, Aca yang cacat. Ujang memberontak di sekolah. Sunguhpun begitu, Ujang sebenarnya menyayangi Aca, jangan ada yang mengutuk keluarga terutama adiknya yang cacat, pasti kena pukul. “Atuk dan Anor menjadi tempat Ujang meluahkan perasaan. Air mata saya tak habis-habis menitis ketika melakonkan babak Ujang di kubur nenek, mengadu dirinya tidak disayangi keluarga,” katanya.

- SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN -
Lagu Tema Drama

Selasa, Disember 01, 2009

Persoalan Sekitar Hukum

Soalan 1 : Boleh tak kita solat kat rumah orang kafir
Jawapan : Boleh berdasarkan hadith Nabi :
Dari Abu Dzar r.a bertanya:”Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini?” Jawab Rasulullah s.a.w :’Masjidil Haram!” Aku bertanya lagi:”Sesudah itu masjid apa?” Jawab baginda:”Masjidil Aqsa!” Aku bertanya lagi:”Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan?” Jawab baginda:”Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud).”
(Muslim)
Sumber hadith : JAKIM
Di samping itu, ia sebagai keringanan bagi orang yang baru memasuki Islam yang pulang ke rumah ibu bapanya yang masih belum Islam. Tetapi ada juga pendapat menambah dengan syarat rumah atau tempat solat tersebut perlulah diyakini bersih daripada segala kekotoran dan tidak terdapat patung/berhala di dalamnya. Sesungguhnya setiap inci bumi ini adalah milik Allah dan setiap permukaan bumi ini dikira masjid bagi orang Islam. (Tapi jangan pula solat dalam tandas pula tau..yang tu konfem tak boleh). Juga dibolehkan selagi mana tidak mendatangkan fitnah, ancaman atau mudarat pada Islam. Wallahu'alam (Allah yang lebih mengetahui)
p/s : kalo ustazah ada info terkini, ustazah maklumkan ye..

Soalan 2 : Tindakan terhadap jiran yang suka maki
Jawapan : Alhamdulillah, aisyah mempunyai perasaan untuk membenci sikap tersebut (bukan benci pada orangnya tau). Dalam kes sebegini, sememangnya sikap tersebut adalah sifat mazmumah (buruk).Sebagaimana firman Allah dalam Surah AnNisa':
Ayat 148 = Allah tidak menyukai ucapan buruk[371], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[372]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[371]. Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya.[372]. Maksudnya: orang yang teraniaya oleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Huraian :
(i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
(ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Tindakan :
1. Sebagai jiran, kita hendaklah menegur perbuatan tersebut sekiranya mampu.
2. Sekiranya tidak mampu, kita tunjukkan sikap yang baik (dakwah bil hal-dakwah dengan akhlak yang baik). Segala kata-kata yang buruk itu kita balas dengan senyuman. Jangan api lawan dengan api, tentu bertambah marak. Seperti pokok buah, dibaling dengan batu, dibalas dengan buah (fikir-fikirkan).
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata dengan kebaikan atau jika tidak, hendaklah dia diam sahaja. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
3. Dalam masa yang sama, cuba maklumkan pada sesiapa yang dihormati oleh jiran tersebut, contoh ibu bapanya, guru yang disayanginya, rakan baiknya atau sesiapa sahaja yang berakhlak mulia yang dihormatinya, agar menegur perbuatan tersebut.
4. Jangan lupa, sentiasa doakan moga2 suatu hari nanti, dia akan berubah sikap.

Khas untuk anak murid ustazah di SKBR, hayatilah hadis di bawah. Sebagai teguran bersama, sesungguhnya teguran itu tanda ustazah sayang pada kalian agar menjadi seorang muslim yang lebih baik pada masa akan datang,k.

Hadith :
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.”
(Muslim)
Huraian :
Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Sumber : JAKIM
Wallahu'alam...

Sabtu, Oktober 24, 2009

Tips Menjelang Peperiksaan

Khas untuk mereka yang berkenaan...( sebahagian tips kuambil dari artikel Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam Majalah Solusi isu no 12)




Persediaan :

Persediaan Qalbi

Kesihatan rohani sangat penting utk menghasilkan otak yang cergas dan tajam. "Al-ilmu kannur - ilmu itu ibarat cahaya" ...cahaya hanya masuk ke dalam hati yang bersih.Kesimpulannya :
1. jauhila perkara-perkara maksiat dan mazmumah..contoh derhaka (tak mendengar kata) pada ibu bapa, ber'gossip', mengejek, gelaran yang tidak baik, 'dating' dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasul..

2. minta maaf pada semua orang, jumpa guru- minta halalkan ilmu dan maafkan orang lain (bukan masa hari raya je..)..

3. bagi yg susah nak mengingat apa yg telah dipelajari..cuba hafaz beberapa ayat atau surah dari Al-Quran..bila dah mula menghafaz ayat-ayat suci alQuran ni, secara tak langsung memudahkan kita mengingati fakta-fakta dalam pelajaran.

4. Qiamullail - bangun pada tengah malam...menguatkan keyakinan dan kemantapan jiwa. Amalkan solat2 sunat seperti tahajud, taubat, hajat, istikharah dan witir (sekurang-kurangnya)

Kisah benar seorang sahabat yang istiqomah dalam qiamullail...pernah bermimpi melihat soalan-soalan exam..dan akhirnya betul-betul keluar sepertimana yang dimimpi..salah satu cara Allah nak bantu hambaNya

Persediaan 'Aqli

1. mind setting - anggap peperiksaan sesuatu yang positif..teringat kata2 seorang pensyarah masa belajar dulu

Bila Allah bagi "ujian" tanda Allah sayang kita...jd saya nak bagi "ujian" kpd kamu tanda saya sayang kamu...Allah bagi ujian tiba-tiba, jadi saya nak bagi ujian pada kamu tanpa perlu diberitahu dahulu....( hehe...logik juga kan..)

2. Berlatih menjawab soalan seperti dalam peperiksaan sebenar
kadang-kadang soalannya berulang-ulang dan bagi mata pelajaran matematik, perlu kepada banyak latihan untuk memantapkan kemahiran yang ada

3. Kenal pasti kawan di sekitar anda di dewan peperiksaan
Perkara-perkara sebegini penting walaupun nampak agak remeh. Terutama calon peperiksaan yang ramai di dalam dewan ditambah dengan perasaan gemuruh menyebabkan calon tak jumpa tempat duduk sendiri.

Persediaan Jasadi

1. Kesihatan

"Al-'aqlus salim fi jismis salim - akal yang cerdas dari badan yang cergas". Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah :

a) Tidur yang cukup - Pendekatan Imam Ghazali ialah 1/3 untuk belajar, 1/3 untuk rehat dan 1/3 untuk bermunajat kepada Pencipta

b) Jaga pemakanan - Firman Allah : Makanlah daripada makanan yang baik yang telah Kami berikan. (surah al-Baqarah 2:57)."Baik" di sini bermaksud sumber yang halal dan berkualiti.

c) Riadah - Riadah penting bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Ingat!Otak kita memerlukan oksigen dan glukosa untuk berfungsi dengan cemerlang.

2. Keselamatan

Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kecelakaan pada diri.

p/s : Artikel ini khas buat anak-anak muridku yg akan menduduki SPM, yg akan menduduki peperiksaan akhir tahun, jua buat diriku dan sahabat2 yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi..inzar utk kita bersama...moga Allah berikan kejayaan utk kalian, diriku dan seluruh umat Islam yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu...Untuk sahabat yang sudah menduduki atau sedang berhadapan dengan peperiksaan, bittaufiq wannajah...moga kejayaan milik kita bersama...Ameen..Insyaallah..

Ahad, Oktober 18, 2009

Kajian tentang hadith : Hari Kiamat

Sekadar renungan kita bersama bahawa mati itu kian mendekati...
kubur kata mari..dunia kata pergi...
Cuba perhatikan masa kejadian gempa bumi berlaku sama dengan nombor ayat dalam Al-Quran....kebetulan atau petunjuk drNya..wallahu'alam. Artikel di bawah saya ambil dr salah satu blog yg agak menarik. Untuk info yang lebih membuatkan kita berfikir,klik sini.

Diambil dari sini!

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.Al-Israa ayat 16. (17:16)

Dipetik dari sini!

Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. Al-Anfaal ayat 52. (8:52)

Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah 3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!

Seperti sabda Rasullulah,Nabi saw. bersabda:“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.Hadis Riwayat Muslim

3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!

Pertama, gempa di timur.

Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini.

Gempa bumi di barat.

Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Itali pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher. Untuk maklumat lanjut dan bukti, sila klik sini!
Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab
Dipetik dari Kosmo!

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.
Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.
Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.
Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.
Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.( Fussilat 41: 53)

Rabu, September 30, 2009

Fasting in Syawal

It is the month of Syawal: a month of joy and a month of freedom. We should also not consider Ramadhan as the only month for us to perform ibadah. If in Ramadhan we had controlled our tongues from talking or conversing inappropriately, we should continue to do so for the rest of our lives. If in Ramadhan we had controlled our eyes from looking at things most despicable, it does not mean that after Ramadhan, we could return to our old ways.

Perhaps there are among us who feel that there were many shortcomings done in the last Ramadhan. Perhaps the ibadah were not performed perfectly and perhaps missed the opportunity to get the benefits of the 1000 months.Verily Allah, The Almighty offers us the opportunity to His servants. It is up to us to seize the opportunity.

In this month, there are many acts which can be performed to complement and continue from our acts in the past month.The complementary ibadah referred to is the six days fast in the month of Syawal - whether it is performed continuously or alternately in Syawal. The fast of 6 days in Syawal has many benefits. Amongst them, as reported in a hadith which means: He who fasts in the month of Ramadhan followed by 6 days in Syawal, it is as if he has fasted for 1 year.It means that if you complete the fast of 1 month of Ramadhan and continue with 6 days of fasting in Syawal, you will be rewarded with the rewards of someone who has fast for 1 full year.

If we analyse that hadith, we can conclude that it corresponds to Allah’s commands in Surah Al An’am verse 160 which means: “He that does good will have ten times as much to his credit. He that does evil shall only be recompensed according to His evil. No wrong shall be done unto any of them.”From this verse, we can see that the 30 days of fasting that we have endured in Ramadhan equates to 10 months of fasting! And the 6 days of fasting in Syawal would equate to 2 months. Thus, we will complete 12 months of fasting, which would equate to fasting for 1 whole year!

This is explained in another hadith which means: “Allah will reward every good act ten times over. And so 1 month of good deeds will sow the equivalent of 10 months of rewards. And 6 days after ‘Eid Fitr completes the 1 year.”This is the benefit Allah has offered to us for us to reap. For those who may have missed the benefits from the previous months, this is an opportunity which you should not miss. The 6 days of fasting in Syawal is like a Rawatib prayer that completes any incomplete prayer. And surely in the course of our fasting in Ramadhan there must have been numerous mistakes that we have made. By fasting 6 days in Syawal, it creates an opportunity for us to atone for those mistakes in our fasting.

Let us increase our ibadah in this significant month in Islam. And may our good deeds be rewarded and accepted by Allah, The Almighty.

… excerpts taken from MUIS’ Friday Sermon dated 21 December 2001

p/s : Bagi yang belum berpuasa enam, masih belum terlewat....bagi yang sedang berpuasa enam, teruskan niat murni itu, bagi yang sudah selesai, EID MUBARAK...Pepun yang paling aku kagum, nendaku yang sudah berusia 90 tahun sudah pun beraya untuk puasa enam ini iaitu pada 7 syawal aritu ( 2-7 Syawal (6 hari) )...Cayalah tok..hehe..Jadi kita yang masih muda ni, teruskanlah amal ibadah hanya untuk mencari keredhaan Allah.... siiru 'ala barakatillah...

Ahad, September 27, 2009

Corat-coret : Keunikkan pilihanraya Bagan Pinang


KUALA LUMPUR, 16 Sept - Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, akan diadakan 11 Oktober depan ekoran kematian penyandangnya allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN. Disaat ada yang mengatakan rakyat rasa bosan mula timbul dan terasa seolah–olah berada di dalam satu mimpi yang berulang–ulang, setelah menyaksikan lapan pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.Bermula dengan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, sehingga ke Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manik Urai dan yang terbaru di Permatang Pasir.Namun, apa yang pasti Pilihan raya kecil kali ini tetap dilihat pemerhati politik sebagai unik kerana, ini :
1. PRK ke -9
2. Berlakunya di N-9
3. Kekosongannya dalam bulan 9
4. Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah
5. Pada tahun 2009
6. NS ada 9 Luak
7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)
8. Calon BN yang disebut-sebut : Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9
9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949

Khamis, September 24, 2009

Rebutlah Ganjaran Yang Sedia Menanti


Kegembiraan di bulan ramadhan diteruskan lagi di bulan Syawal dengan melakukan puasa sunat enam hari di bulan ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai :

- dalil-dalilnya
- cara mengerjakannya
- orang-orang yang dituntut mengerjakannya
- antara puasa qadho atau puasa sunat??
- jemputan makan

Sila klik sini. Artikel yang sangat bermanfaat.

Terima kasih di atas kunjungan dan ziarah raya dari :

1) Zaid & Akmal (Junior) - 3 Syawal
2) Banin F5 2008 (MTAS) - 4 Syawal

Kenangan Persiapan Raya

Makanan kat bawah ni sedia sendiri..nak upload beberapa lagi makanan lain yang disediakan tetapi ada masalah teknikal..jadi ini sahaja dapat dikongsi..seronok belajar buat sendiri..dibantu oleh askar-askar yang kecil molek tapi sudah rajin membantu di dapur.



Ahad, September 20, 2009

عيد مبارك


Salam EidulFitri 1430H...Minal 'Aidin Wal Faizin..Kullu 'Am Waantum Bikhair
Kenangan di pagi raya..

Nyum..nyum..

Nenda tengah menjamu juadah raya

Anak Menantu Tok Ujud

Cucu cicit Ujud's Family

p/s: Sebenarnya ramai lagi nih..atok ada 10 orang anak..kalo ikutkan tak muat gambar, tp tak semua dapat beraya hari pertama di sini...jadi bagi yang tiada gambar tu, jangan sedih2 ye..

Khamis, September 10, 2009

MENENTUKAN LAILATUL QADAR

Imam Syafii berpendapat, malam Al-Qadar terdapat pada sepuluh malam terakhir yang berangka ganjil dari bulan Ramadhan iaitu pada malam 21 dan 23 Ramadhan.

Imam Malik pula menyatakan bahawa Lailatul Qadar amat diharapkan berlaku pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.

Abu Burdah al Aslami RA pula menyatakan bahawa Lailatul Qadar lebih diharapkan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Bilal daripada Nabi SAW, bahawa Lailatul Qadar ialah pada malam ke-24 Ramadhan.

Abu Darda' dan Hasan al Basri berpendapat bahawa Lailatul Qadar ialah pada malam ke-25 Ramadhan.
Imam Ahmad bin Hanbal RA, Ibnu Abbas RA dan Ubai bin Ka'ab berpendapat malam ke-27 ialah Lailatul Qadar.
Manakala mengikut pendapat Saidatina Aisyah menyatakan bahawa Lailatul Qadar ialah pada malam ke-29 Ramadhan.
Bersambung...

Rabu, September 09, 2009

Anugerah Lailatul Qadar

Allah Taala menganugerahkan kepada umat Muhammad SAW dengan Lailatul Qadar, iaitu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan suatu anugerah yang tidak diberikan kepada umat-umat yang lain.Diriwayatkan oleh al Dailami daripada Anas RA(marfu'):
Sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umatku Lailatul Qadar dan tidak diberikannya kepada sesiapa pun sebelum mereka.
Sebab-sebab penurunan Surah Al-Qadr :
Sebahagian ulama' menceritakan bahawa sebab diturunkan ayat ini ialah pada masa dahulu, seseorang tidak dinamakan abid (ahli ibadah) sehinggalah ia beribadah kepada Allah selama 1000 bulan, 83 tahun, 4 bulan. Maka Allah mengurniakan kepada umat Muhammad SAW ibadah semalam lebih baik daripada ibadah 1000 bulan.
Abu Bakar al Warraq berkata : Pemerintahan Nabi Sulaiman AS selama 500 bulan dan pemerintahan Zulqarnain selama 500 bulan. Maka pemerintahan mereka berdua ialah selama 1000 bulan. Namun demikian Allah menjadikan beramal pada malam Al Qadar bagi orang yang memperolehinya adalah lebih baik daripada pemerintahan mereka selama 1000 bulan itu.
Imam Malik menyatakan dalam al Muwattho' daripada riwayat Ibnu al Qasim dan lain-lainnya: Aku mendengar daripada seseorang yang aku percayai berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya akan umur umat-umat sebelumnya. Baginda mendapati umur umatnya adalah pendek dan tidak mampu untuk sampai ke tahap amalan yang mampu dicapai oleh umat sebelumnya yang mempunyai umur yang panjang. Maka Allah mengurniakan kepadanya Lailatul Qadar yang dijadikan lebih baik daripada seribu bulan.


Memburu Lailatul Qadar

Sekejapnya masa berlalu..Kini 10 malam terakhir kian menjelma.Menandakan waktu yang saat dinanti kian tiba..Lailatul Qadr..malam yang lebih baik dari seribu bulan..Dapatkah aku menemuimu??



Selasa, September 08, 2009

Diari Sang Musafir

Sedikit coretan sepanjang berada di Masjid Ghufran baru-baru ini

Pandangan dari hadapan dan sisi masjid

Hana dan Sofi (anak buahku) sedang menunggu waktu berbuka,pose ke?hehe


Kamar Musafir

Tempat kami menginap

Sempat bergambar sebelum tarawikh


Adikku beri 'pose' istimewa..uiks,ada wifi?

Sabtu, September 05, 2009

يا الله وسبحان الله

Ketika baca quran secara bersendirian, seorang nenek yang mahu beredar keluar menegurku sambil tersenyum (sebelumnya memintaku menjaga begnya)
Nak, baca quran tu "kuat" (xpasti) sikit, lebih baik

lebih kurang begitula bunyinya, aku pun tak berapa ingat sangat..tp yang pasti masa tu aku terpinga sekejap..samada kene baca kuat agar boleh didengari sekitar masjid(seperti seorang pakcik tu lakukan) atau disuruh berlagu(taranum) dalam bacaan..yela, aku nak baca kuat2 takut menggangu jemaah lain..nak bertaranum, xmahir. Pepun, ku rasa selesa dengan teguran nenek tu..walaupun xpasti kehendaknya..hehe

Lepas solat asar pula, selepas bersamalan, seorang makcik menegur
- Pernah mengajar di Sa'idiyyah ke? **Maahad Tahfiz Assaidiyyah: tempat ku berkhidmat pada tahun lepas
- Ya, saya


Erk, terkedu sebentar..rupa-rupanya ummi/ibu salah seorang anak muridku (skrg kat DQ..mabruk).Ingat juga akak (bertukar panggilan) ni rupaku yg xseberapa ni..kak tu cam dari awal kehadiran kami..terserempak zohor tadi, tp sebab aku nak sibuk angkat barang, jadi xperasan. Akak tu pula lepas asar, baru berani menegur utk menguatkan keyakinannya. Bual punya bual,rupanya suami kak tu (ayah anak muridku, kupanggil ustaz) akan buat program tadarus dan qiamullail malam..subhanallah..baru sebentar tadi aku rasa macam xde event besar di sini.alhamdulillah..terkabul juga impian.Biasanya masjid-masjid buat qiamullail pada 10 malam terakhir..tp aku xkisah,kalo xde pun..buat dengan family je..tp kalo berjemaah ramai, lg best. alhamdulillah..moga memberi motivasi dalam meningkatkan amal ibadah di bulan mulia ini.

Catatan : sebenarnya perancangan asal nak datang masa 1 ramadhan aritu tp disebabkan ada hal lain terpaksa ditangguhkan..rupa-rupanya perancangan Allah itu yang terbaik

اعتكاف مع أسرتي

Alhamdulillah, 15 Ramadhan akan berlalu..setelah menunggu 15 hari berpuasa, baru berkesempatan ziarah masjid-masjid seperti kebiasaan yang kulakukan sejak zaman ngaji dahulu

Jika sahabat-sahabat ada kesempatan, marilah kita kunjungi rumah Allah ini...dapat i'tikaf sebentar pun tidak mengapa..jangan biarkan masjid-masjid yang indah di bumi Malaysia ini tersergam megah tanpa penghuni

Nak lihat masjid yang kami kunjungi sekadar dua hari satu mlm, klik sini -> Masjid Al-Ghufran

:Antara sunnah nabi ketika berpuasa di bulan Ramadhan

BERI'TIKAF

Rasulullah banyak beriktikaf di dalam masjid di bulan Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir. Hadith

Bahawa Rasulullah apabila masuk sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan melakukan ibadah, Baginda mengejutkan ahli keluarganya, lebih bersungguh-sungguh (mengerjakan ibadah) dan **menguatkan ikatan kainnya- Riwayat Bukhari dan Muslim


Catatan:**Di sisi pendapat yang sohih bermaksud, Baginda mengasingkan diri daripada isteri-isterinya kerana sibuk beramal ibadah sepertimana yang dijelaskan di dalam hadith Aisyah dan Anas RA, bahawa Baginda tidak meletakkan badannya di atas tempat tidurnya sehinggalah berakhirnya Ramadhan


Isnin, Ogos 31, 2009

Kisah-kisah 10 Ramadan

Ramadan 1430H

Negara kita menyambut kemerdekaan yang ke 52.
Sepanjang 52 tahun ini, adakah kita benar-benar merdeka dalam erti kata sebenar? Merdeka daripada penjajah secara realiti, itu sudah pasti..tetapi..
merdeka dari segi hakiki(agama, minda dll)???

Di sini, ku ingin kongsi satu kisah BENAR. Diwaktu sebahagian orang sudah selesai tarawikh, ada yang sedang bertadarus, ada yang berjalan-jalan melihat keperluan raya akan datang, ada yang melihat suasana sambutan detik 12 mlm merdeka dalam keadaan sederhana....di sebuah kedai 7 Eleven di salah sebuah negeri, beberapa orang remaja MELAYU-ISLAM membeli botol arak tanpa segan silu dalam bulan ramadan yang mulia pula..bulan lain usah bicara la..kejadian ini dilihat sendiri oleh kakandaku yang ingin membeli prepaid..nak tegur, takut diapa2kan pula nanti..Inikah erti kemerdekaan yang diwarisi? Tanggungjawab (bukan salah yang dicari)siapa ye?? untuk renungan kita bersama

p/s : teringat pula isu kontroversi baru-baru ini tentang hukuman sebatan ke atas peminum arak ni..hemm

Ramadan 1393H

Di zaman yang tidak jauh dari zaman kita ini iaitu kira-kira lebih kurang 35 tahun dahulu, pada tarikh dan bulan yang sama dengan hari ini, telah terjadi suatu peristiwa seumpama Badar Al-Kubro yang terpahat dalam ingatan umat Islam dan sejarah dunia iaitu Jihad 10 Ramadan 1393 Hijrah yang mana ia merupakan jihad suci tentera Islam Mesir mengusir penjajahan Israel ke atas Semenanjung Sinai

p/s : Kisah lanjut mengenai peristiwa ini akan aku coretkan sekiranya ada kesempatan di lain masa..kesuntukan masa untuk dikongsi bersama.Harap maaf.

Ramadan 8H

Jika tadi kukisahkan tentang sambutan merdeka dan sejarah salah satu Jihad Islam..namun peristiwa paling BESAR pada tarikh ini ialah ...

Pembukaan Kota Mekah
Kemenangan Rasullullah SAW menakluk kembali Kota Mekah menjadi titik permulaan perkembangan Islam di seluruh dunia.



p/s : Alangkah indahnya jika ISLAM diamalkan sepenuhnya di dalam kehidupan kita sepertimana Rasulullah dan para sahabat MEMERDEKAKAN kota mekah dengan menghapuskan segala kekotoran jahiliyah di tanah suci tersebut dan digantikan dengan sebuah negara yang disebut 'baldatun toyyibun warobbun ghofur'

Jumaat, Ogos 28, 2009

Nilai Kasih Seorang Ayah

Tetibe rasa nak citer tentang kasih seorang ayah..ms iftor td,timbul pula kisah silam kami sekeluarga..ntah dr mana puncanya..iaitu tntg arwah ABAHKU..kini sudah 19 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga..memori lalu mengundang kembali kenangan pilu..bonda memulakan bicara mengimbas kembali kisah waktu kami masih kecil..rupa-rupanya masa aku kanak-kanak, tiap kali arwah abah balik, abah akan cari aku...dah jumpa aku, peluk cium aku baru abah wat keje lain...erm, nape aku xdpt ingat?hemm.. yg aku tau dari cerita mak, abah mmg rapat dengan aku,kakakku rapat dgn mak, adikku pula rapat dengan atok..sb tu rupa kami ikut iras org yg rapat dgn kami...bile arwah abah xde aku rs kehilangan...dlm ms yg same aku rapat dengan pak ngah...sb pak ngah xde anak perempuan..pak ngah akan bawa aku jalan2 naik motor tiap kali lepas balik kerje...tp lepas 2 bulan abah 'pergi'...pak ngah pula menyusul...tahun tu jd tahun dukacita bg aku..yg aku ingat, lepas arwah abah pergi, aku demam teruk

Mak citer lagi...arwah abah mmg penyayang...dengan mak, abah xpernah marah...abah tlg mak masak, buatkan air utk mak lepas balik kerja...mak kata lagi, kalo abah masih ada, kami mesti manja dengan abah...aku pun rs camtu..lepas iftor td, aku lebih banyak termenung...nak ingat kenangan dgn abah, aku xberapa ingat sb aku kecik lagi..nak tanya adik, die lagi susah nak ingat memandangkan keadaannya skrg...aku hnya mampu membayangkan melalui cerita dari mak

Sewaktu nak tulis coretan ni, aku teringat salah satu nasyid yg aku suka dengar..walaupun penulis lirik menceritakan kisah anak yang kehilangan bapa kerana pergi berjuang..tp bg aku...abahku jua seorang pejuang..pejuang keluarga..aku selalu dengar yang baik2 sahaja tentang abah..aku nak contohi ABAH

Bagi yang tiada ayah atau ibu...doa anak yang soleh/ah merupakan 'makanan' mereka di alam sane...bulan ramadhan ni segala roh dibebaskan...kalo xsilap aku melalui pembacaan dalam buku 'ALAM ROH'..sb tu kita digalakkan ziarah kubur masa bulan ramadhan...bukan seperti kebiasaan (pagi raya).

Bagi yang ayah mereka tidak seperti diidamkan, jgn sesekali kau kesali kerana kerana merekalah kita masih ada di sini...walaupun mereka mungkin ade melakukan kesilapan, tapi mereka xmenzalimi dirimu dengan menanammu hidup2 seperti kaum quraisy pd zaman jahiliyah dulu..bersyukurlah dan sayangilah mereka selagi mana mereka masih ada sepertimana kisah seorang anak yang sanggup menjaga ibu bapanya walaupun mereka telah bertukar menjadi khinzir

Di bawah ni aku sertakan nasyid yang ku nyatakan tadi

?Di manakah abi
Lirik:Cpol
Komposer:Ahmad Dhuat
Vocal:Arraid

Verse

Dalam damai teratak sepi
menjelma pertanyaan menyentap hati
Bermainlah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

bridge

Ummi, di manakah abi
Bergetarlah bibir mencari
Perlukah, kukisahkan apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
sayang, Abi kekasih ummi
pergi mencari cinta ILLAHI

Chorus

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzikir mendamaikan

Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman



Khamis, Ogos 27, 2009

Selamat Berpuasa

Ditujukan khas buat adk2 sepupuku yg masih kecil..anak2 buah dan adik2 yg masih baru mengenal nikmat berpuasa..Selamat Berpuasa dengan penuh ikhlas utk Allah

Selasa, Ogos 25, 2009

Alhamdulillah, segala pujian dirafa'kan kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW, para ahli bait, para sahabat, tabi' tabiin dan aulia solihin..
Setelah 5 tahun menyepi, akhirnya aku kembali ke medan blog ini..5 tahun..erm...kalo nak disamakan dengan usia kanak-kanak, dah masuk PASTI/TASKI/TADIKA..5 tahun ni juga sudah banyak kulalui...kalo dulu dlm blog, duk cerita tntg kehidupan di kampus..sekarang aku kembali untuk berkongsi sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat untuk kita bersama..
Aku memilih bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memulakan langkahku dalam mencetuskan semula idea dalam blog ini..ku berkira-kira untuk berkongsi apa jua dengan orang yang sudi menatap blog ini dalam apa jua aspek...untuk muhasabah kita bersama..
Salam Ukhwah dariku...Alfana


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks