Jumaat, Oktober 21, 2011

Erti sahabat sejati (1)

Biografi ringkas Saidina Abu Bakar رضى الله عنه :

  • Nama sebenar ialah Abdullah bin Abu Quhafah
  • Berusia 2 tahun lebih muda daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم 
  • Keturunan bangsawan dari Bani Tamim
  • Merupakan sahabat baik Nabi sebelum Nabi menjadi Rasul 
  • Tidak pernah menyembah berhala, tidak minum arak dan tidak melakukan maksiat sejak kecil (berpegang kepada agama Nabi Ibrahim 'alaihis salam.
  • Gelaran daripada Nabi : Al-'Atiq dan As-Siddiq
  • Menjadi khalifah selama 2 tahun 3 bulan
  • Mempunyai 5 orang anak : Abdullah, Abdurrahman, Muhammad, Aisyah dan Asma'
  • Meninggal dunia pada 22 Jamadilakhir tahun 13H pada usia 63 tahun
Inilah dia 'Sahabat Sejati'

Kisah 1
Saidina Abu Bakar رضى الله عنه: "Benarkah berita yang telah sampai kepadaku ini, wahai Abu Al-Qasim?"
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  : "Berita apakah itu, wahai Abu Bakar?"
Saidina Abu Bakar رضى الله عنه: "Aku mendengar berita bahawa engkau telah mengaku menjadi seorang Rasul."
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم : "Betul wahai Abu Bakar. Sesungguhnya Allah telah melantik diriku sebagai utusan kepada setiap manusia."
Saidina Abu Bakar رضى الله عنه: "Aku mempercayaimu wahai sahabatku. Aku tahu bahawa engkau adalah seorang yang bercakap benar dan tidak pernah berdusta. Engkau juga seorang yang amanah dan memiliki akhlak yang mulia."
~Tanpa membuang masa, Abu Bakar terus mengucap dua kalimah syahadah.


Kisah 2

Pada suatu hari, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  memberanikan diri dengan membaca Al-Quran di depan Kaabah. Melihatkan itu, kaum musyrik berasa tercabar dan marah lalu bertindak memukul baginda. Kebetulan pada waktu yang sama Abu Bakar berada di tempat kejadian dan bertindak menolong Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang sedang diserbu oleh mereka. Disebabkan itu, Abu Bakar menjadi mangsa sebagaimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  sehinggalah beliau pengsan.

Kawan-kawan Abu Bakar yang melihat keadaan itu membawanya pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah, ibu Abu Bakar yang sangat sedih melihatkan keadaan anaknya mahu memberikan air minuman kepadanya. Sebaliknya pula Abu Bakar yang kelesuan itu berkata: "Wahai ibu yang aku kasihi, aku tidak akan menyentuh sebarang makanan atau minuman selagi aku belum tahu bagaimanakah keadaan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  sekarang."

Dalam keadaan susah payah, Abu Bakar lalu dipapah oleh ibunya menemui Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  di rumah baginda. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  yang melihatkan keadaan sahabatnya yang teruk dipukul itu menitiskan air mata kerana terharu dengan pengorbanan yang dilakukan. Mereka berdua berpelukan sambil masing-masing menitiskan air mata keharuan.


....bersambung




    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Nak Kenal Lagi??

    Emel = alsalsabil@hotmail.com
    YM = zanjabil27@yahoo.com
    FS = laislamic@yahoo.com

    Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks