Selasa, Oktober 05, 2010

Corakan di 'kain putih' (Akhir)

Doa di pusara
Lebaran kali ini agak sepi memandangkan ketiadaan salah seorang ahli keluarga yang disayangi. Sepertimana kebiasaan kami menziarahi pusara adinda tersayang dan nenda yang saling berhampiran pada akhir ramadhan. Secara bergilir-gilir, kami menjirus 'air bacaan yaasin ' yang telah dibuat malam tadi di atas pusara sejurus selepas menghadiahkan beberapa doa dan surah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Seperti biasa, si adik sibuk bertanya, "Kak ngah, kenapa kene jirus air?", "Kenapa letak pokok/tumbuhan atas kubur?", "Kenapa letak batu nisan?"....Persoalan yang membuatkan diriku berfikir sebelum menjawab...walaupun adik masih kecil, aku tidak mahu memberi jawapan sewenang-wenangnya kerana ia juga secara tak langsung melibatkan hukum dan adat. Secara tak langsung membuatkan aku perlu kepada kajian yang lebih mendalam..Terima kasih adik. (jawapan persoalannya telah kujawab seringkas mungkin padanya mengikut tahap pemikirannya). Sesi soal jawab berlangsung semasa dalam perjalanan pulang ke kereta..yang agak melucukan hatiku, ada pula sebuah pusara yang sarat dengan pokok pisang di atasnya dan keluar pula soalan daripada adik,"Kak Ngah, boleh tanam pokok pisang ke?buah pisang tu boleh makan ke?""Erk...".

Hukum menjirus air di pusara. Klik sini

Persiapan Raya
Memang seronok mempunyai adik sepupu yang sangat rajin membantu.Ku ajak pergi ke pasar untuk mengambil 10kg daging, 100 sarung ketupat dan rempah masakan dengan ditemani pak teh. Alhamdulillah, mujur ada mereka, manela aku larat nak angkat 10kg daging bersendirian. Sebutlah minta tolong apa sahaja, pasti akan dituruti tanpa bantah. Mungkin mengikut jejak ayah dan ibu mereka yang bekerja di dapur hotel (chef), mereka tidak kekok menolong menyediakan juadah hari raya.

Syamil Mukhriz dan Shahir Najmi menolong me'mati'kan sarung ketupat dan mengisinya dengan beras. "Boleh percaya ke diorang buat tu?"soalan yang pernah terjah di telingaku. "Jangan risau, makcikku jadi pemantaunya"jawabku sambil tersenyum..ya, anak-anak muda perlu dilatih untuk belajar semua perkara yang menjadi tradisi keluarga agar tak lapuk di kemudian hari dan dilupakan begitu sahaja. Ikatan kekeluargaan juga dapat dieratkan dan kasih sayang juga turut bercambah mekar. Natijahnya, rendang daging, kuah kacang, masak 'lodey',ketupat, spageti (menu baru hari raya) dapat disediakan dengan cukup perasa dan enak sekali hasil kerjasama semua ahli keluarga yang berkampung di rumahku dua hari sebelum lebaran.


Takbir Raya
Sudah menjadi kebiasaan di tempat tinggal kami, kunjungan jiran-jiran sekampung menziarahi rumah-rumah yang telah dimaklumkan sambil takbir raya beramai-ramai. Ketika inilah kanak-kanak teruja untuk mengikuti rombongan golongan dewasa untuk bertakbir raya. Adik dan abang juga tidak ketinggalan. Sedondon berbaju melayu ungu dan bersongkok, mereka mengikuti pakcikku dan golongan dewasa yang lain menziarahi jiran-jiran sekampung. Kadangkala kami yang tinggal di rumah (golongan perempuan la..) memandang adik dan abang dengan rasa kagum campur pilu...ya la macam anak yatim pula..pandai bawa diri ke mana sahaja.Kagum dengan didikan ochu dan maksu ke atas mereka.

Jalan-jalan Raya
Cutiku tidak lama seperti sesetengah rakan sekerjaya yang lain. Jadi kesempatan yang ada cuba kupenuhkan dengan menziarahi saudara mara, guru-guru dan sahabat handai. Memandangkan saudara mara berkonvoi ke Muar dan aku tidak mengikut memandangkan ada kesempatan di lain masa, maka aku mengajak adik Mukhriz menemani sesi ziarah kali ini. Di dalam perjalanan, semasa menunggu isyarat merah bertukar hijau, adik bertanya,"Kak Ngah, yang biru tu kita panggil apa ye?"sambil jari menunjuk ke arah papan sepanduk besar yang tertera ucapan selamat hari raya daripada pimpinan negeri. "Kenapa?", jawabku sambil berfikir apa yang ingin diucapkannya. "Adik suka yang lambang hijau. Ala...kita panggil apa tu?""Erk..."terdiam ku seketika dan hampir tergelak...bukan apa, tak kusangka umur semuda begitu mengambil tahu juga mengenai isu politik negara. Dahsyat2!

"Sebab itu(rujuk kain rentang) dari pemimpin negeri. Tapi kawasan kat sini hijau tau dik."jelasku."Ooo, mak ayah pun sokong hijau." jelasnya jujur (yela, budak kecik mana tahu tipu kan..). "Kak Ngah sokong yang mana?"tanyanya minta kepastian.Aku hanya tersenyum dan dia memahami penuh makna...

Duit Raya
Memandangkan abang, Shahir Najmi demam panas, aku hanya ditemani adik Mukhriz menziarahi bekas majikanku merangkap guru Al-Quran semasa di Maahad Tahfiz As-Saidiyyah dulu...seterusnya menziarahi sahabat Nisa' di Ampangan. "Berapa RM dapat kumpul?"tanyaku."Adik tak buka lagi..tak elok buka depan tuan rumah."ujarnya."Yup..betul tu.Bukala, kira.."saranku apabila kami sudah memasuki kereta. "RM 8.00"katanya."Alhamdulillah, ok la tu..adik nak buat apa dengan duit tu?"saja ku soal."RM 4.00 adik amik, RM 4.00 lagi untuk abang." Subhanallah,adik masih mengingati abangnya yang demam di rumah dan tak berkesempatan beraya bersama kami. Sifat pemurah, ithar dan eratnya ikatan adik beradik sesama mereka membuatkan aku kagum sekali lagi. Subhanallah.

Merujuk siri sebelum ini :-

Kenapa si adik lebih yakin dan bersemangat daripada si abang ketika solat? Di mana pula si ayah?

Jawapannya...kerana si adik mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) At-Taqwa manakala abangnya cuma mendapat pendidikan awal di tadika dan sekolah biasa (bukan aliran agama). Alhamdulillah walaupun pakcikku tidak pernah merasa bersekolah aliran agama, tapi kesedarannya untuk menghantar sepupuku ke sana( PASTI) membuahkan hasil. Dua 'produk' yang berbeza daripada 'syarikat' yang berbeza. Tugas pakcikku sebagai pemantau ketika mereka mengerjakan solat agar solat mereka tidak main-main dan mudah ditegur sekiranya berlaku kesilapan.

Khulasah(Kesimpulan)

Begitulah serba sedikit kenangan raya terutamanya bersama adik Mukhriz. Kembali kepada hadith yang kukemukakan pada awal siri sebelum ini, didikan awal kanak-kanak mengenai kepentingan agama sejak kecil sangat penting dalam pembentukannya menjadi insan soleh di kemudian hari. Bukan memandang rendah tadika biasa atau sekolah biasa....namun hakikatnya banyak lagi tugas yang perlu difikirkan dan dimuhasabah bersama (golongan pendidik dan ibu bapa) dalam mencorakkan anak bangsa sama ada menjadi Muslim, Yahudi, Majusi atau Nasrani. Tak kulupa sekalung tahniah kepada guru-guru PASTI yang banyak berkorban menabur bakti walaupun ganjaran di dunia hanya cukup untuk sesuap nasi. Namun ganjaran di akhirat pasti menanti...Insyaallah.(Teringat detik-detik bersama adik-adik PASTI Wildan semasa menggantikan guru tetap mereka cuti bersalin. Bagaimanakah keadaan mereka hari ini? Doaku dari jauh, moga kalian tetap istiqamah di jalan Allah menjadi pemuda pemudi Islam kebanggaan ummah. Ameen).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks