Isnin, Mei 17, 2010

Terima Kasih Guru

Dedikasi untuk guru-guruku dari dulu hingga kini...sahabat2 dan pengunjung yang bergelar muallim/muallimah/guru/cikgu/ustaz/ustazah dan seumpama dengannya..tiada ungkapan dan balasan yang selayaknya...hanya doa dan ingatan sepanjang kehidupan agar dirimu terus diredhai Allah selalu...

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN...SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN...
TERIMA KASIH...

WASSALAM...

p/s : terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan hadiah...

Isnin, Mei 10, 2010

Ikut jejak

"Jika engau ingin mengikut jejak para imam kuatknlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menangung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikn,hanya dilihat sang penciptaan..."

- Imam Al-Ghazali-

Ahad, Mei 09, 2010

Selamat Hari Ibu

Dedikasi buat bonda tercinta...yang sentiasa sabar mengandungkan, melahirkan, mentarbiyah dan berperanan sebagai pengganti arwah abah sejak 20 tahun yang lalu...Jua buat semua bonda/ummi/mak/ibu di seluruh dunia...

Selasa, April 06, 2010

Buatmu adik

Cepatnya masa berlalu....

Hari ini genap 2 bulan dia meninggalkan kami sekeluarga. Kali ini sambutan hari lahirnya tanpa sebarang kata-kata yang terucap, senyuman yang terukir atau usikan manja kakak dan si adik..hanya titipan doa ku hadiahkan untukmu agar tenang di alam sana.

Selamat Hari Lahir ke 25...Al Fatihah

Hari ini hari lahir Ajie ke 25. Sekejap cuma Allah pinjamkan dirimu buat kami. Kebetulan tarikh Ajie pergi sama dengan tarikh hari lahirnya cuma 2 bulan lebih awal...ada orang kata kebiasaannya begitu. Ajie juga lahir hari Sabtu dan meninggal hari yang sama.Tahun ini, Ajie tak sempat nak rasa gaji pertama Angah. Kalo dulu tiap kali beli barang, aku pasti teringat ole-ole yang perlu dibeli untuk dia. Aku juga pernah berangan nak bawa dia pergi ronda-ronda, makan-makan dan beli apa sahaja yang dia mahu. Namun hajatku tak kesampaian. Ya Allah, betapa rindunya aku pada si dia.

Kenangan terakhir bersama

Jika diimbas kembali saat-saat terakhir bersamanya, aku rasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa setiap minggu di kampung dengannya. Seminggu sebelum pemergiannya, ketika saudara mara di Perak..di rumah hanya aku, Ajie dan mak. Agar tidak terasa kesepian, aku nekad nak bawa Ajie ronda-ronda di Giant. Tak sangka, kereta kancil makcikku muat untuk kami bawa kerusi roda Ajie di 'seat' belakang. Aku bawa Ajie ronda-ronda di dalam Giant. Ingat lagi masa tu mak nak cari tikar getah Ajie kerana yang lama sudah koyak. Aku usiknya ganti 'taik hidung nta'...sebab tikar tu akan bergentel-gentel macam taik hidung..terngiang lagi gelak manjanya sambil menafikan kenyataanku itu.

Masa tu, ramai sangat orang kat Giant. Ajie tak boleh berada dalam keadaan panas dan sesak. Jadi, setelah berbincang dengan mak, aku bawa Ajie keluar dari kaunter bayaran dan berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai dan kedai-kedai kecil di luar. Tengah aku menolak kerusi rodanya, Ajie minta izin padaku "Ngah, ana nak tengok jam tangan, boleh?""Ok, ana bawa nta ke kedai tu, nta tengok-tengokla jam kat situ...ana nak beli majalah jap, pastu ana datang semula ye"...Ajie memang suka jam sejak dulu lagi. Alhamdulillah, aku tak mengecewakan permintaannya. Cuma aku terkilan kerana tak dapat beli pape untuk Ajie sebab masa tu aku tak mampu..maafkan Angah ye Jie.

Rupa-rupanya itulah kali terakhir aku bawa Ajie jalan-jalan..

bersambung.....



Rabu, Mac 17, 2010

Salam Kembali...

Sudah lama tidak 'post' sesuatu..sudah bersawang blog ku ini.Bulan 2 dikira bulan 'berkabung' bagiku. Nak buka laptop di rumah, akan terbayang si dia yang akan datang dengan kerusi rodanya melihat apa yang aku taip. Hmm, banyak betul kenangan dengannya, jadi aku ambil keputusan berehat sementara untuk menulis di blog ini. Aku sibukkan diri dengan kerja-kerja ku dan tolong update 2 blog lain yang telah diamanahkan kepadaku. Rancangan asal, untuk menceritakan serba sedikit memori dengannya agar tak luput dari ingatan ku yang lemah ini. Insyaallah, jika diberi kekuatan, entri seterusnya akan muncul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks