Khamis, Februari 10, 2011
Cahaya Muka Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah Radiallahu Anha bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu pun terpadam,lalu masuklah Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam maka aku telah dapat memungut jarum itu daripada cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
"Wahai Rasulullah, alangkah bercahaya wajahmu?" dan seterusnya aku bertanya,"Siapakah yang tidak akan dapat melihatmu pada Hari Kiamat nanti?"
Jawab Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam: "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi: "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab Rasulullah Sollallahu'alaihi wasallam," Dialah orang yang ketika disebut namaku di sisinya ia tiada mengucapkan solawat bagiku."
Ahad, Februari 06, 2011
Genap Setahun
فرشي التراب
فرشي التراب
يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسي لقائي
والأهل أين حنانهم باعوا وفائي
والصحب أين جموعهم تركوا إخائي
والمال أين هنائه صار ورائي
والاسم أين بريقه بين الثنائي
هذه نهاية حالي فرشي التراب
والحب ودع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيله بعد البكائي
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذه نهاية حالي فرشي التراب
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات فإنه قسماً دوائي
والرب أدعوا مخلصا ً أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي
Label:
Peribadi
Rabu, Februari 02, 2011
Sebaik-baik Kelahiran dan Ciptaan
Sollu 'alan Nabi...Marilah kita perbanyakkan solawat ke atas junjungan Rasulullah sollahu'alaihi wassalam..Sempena Bulan RabiulAwal yang akan menjelang, saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua meningkatkan rasa mahabbah kita pada Rasulullah sollahu'alaihi wassalam... Moga kita kan bertemu Baginda di hari 'pertemuan' nanti untuk mengharapkan syafaat Baginda untuk kita semua..Buktikan cinta kita padanya melebihi seluruh alam ini dan seisinya...Ya Allah, tanamkanlah rasa kasih yang tak terhingga kepada KekasihMu agar ia tidak akan terpadam dalam sanubari kami buat selamanya...Impianku ingin bertemumu Wahai Rasulullah...
Langgan:
Catatan (Atom)