Ahad, Jun 27, 2010

Lamaranmu Ku Tolak

sekadar gambar hiasan

Mereka, lelaki dan perempuan yang begitu berkomitmen dengan agamanya. Melalui ta’aruf yang singkat dan hikmat, mereka memutuskan untuk melanjutkannya menuju khitbah.

Si pemuda, sendiri, harus bersedia berdepan dengan lelaki lain: ayah si muslimah. Dan ini merupakan situasi yang sangat mencemaskannya. Walaupun di kampus dahulu, pelbagai cabaran dan rintangan dalam perjuangan telah ditempuh sebagai seorang aktivis mahasiswa, tetapi pertempuran yang sekarang amatlah jauh berbeza. Si muslimah, tentu saja bersedia membantunya. Memuluskan langkah mereka menggenapkan agamanya.

Maka, di suatu pagi yang hening, di sebuah rumah, di ruang tamu yang serba sederhana, seorang lelaki muda berdepan dengan seorang lelaki setengah baya, untuk ‘merebut’ si solehah, dari sisinya.

“Oh, jadi anak la yang akan melamar itu?”
tanya si ayah.

“Ya, Pakcik” jawab si orang muda.

“Engkau telah mengenalinya dalam-dalam? ” tanya si ayah sambil menunjuk si muslimah, anaknya.

“Ya Pakcik, saya sangat mengenalinya,” jawab si pemuda, cuba untuk meyakinkan.

Lamaranmu kutolak. Bererti engkau telah ber'couple' dengannya sebelum ini?Aku tidak boleh mengizinkan pernikahan yang diawali dengan cara sebegitu!” balas si ayah.

Si pemuda tergagap, “Bukan begitu pakcik, sebenarnya saya hanya kenal sekadarnya saja, berjumpa saja baru sebulan yang lalu.”

Lamaranmu kutolak. Itu seperti ‘membeli kucing dalam karung’ kan, aku tidak mahu kau akan cepat menceraikannya kerana dirimu tak mengenalinya dan bersedia menerima seadanya.Jangan-jangan kau tidak mengenali diriku ini siapa?” balas si ayah,keras.

Pastinya ini situasi yang merumitkan si pasangan yang ingin melengkapkan sebahagian daripada agama. Si muslimah muda mencuba membantu si pemuda.

Bisiknya, “Ayah, dia dulu seorang aktivis kampus.”

“Kamu dulu seorang aktivis ye?” tanya si ayah.

“Ya Pakcik, saya dulu sering memimpin demonstrasi anti Kezaliman di Kampus,” jawab si pemuda, percaya diri.

Lamaranmu kutolak. Nanti sekiranya kamu kecewa dan marah dengan isterimu, kamu bakal mengerahkan rombongan sahabat-sahabatmu untuk berdemo di rumahku ini pula,kan?”

“Errr tidak pakcik. Dulu demonya kecil-kecilan sahaja. Banyak yang tidak dapat hadir kalau saya arahkan.”

Lamaranmu kutolak. Kamu mengarahkan sahabat-sahabatmu sahaja tidak mampu, apatah lagi ingin mengurus keluargamu nanti?”

Si muslimah membisik lagi, membantu, “Ayah, dia seorang graduan.”

“Kamu lulusan mana?”


“Saya lulusan Ekonomi & Pentadbiran USM, pakcik. USM itu salah satu kampus terbaik di Malaysia, pakcik.

Lamaranmu kutolak. Kamu sedang menghina saya yang cuma lulusan STP ini sahaja? Memandang rendah pada pakcik kan?”

“Bukan begitu Pakcik. Saya bukanlah pintar sangat Pakcik...biasa-biasa sahaja. Lulusnya saja lima tahun, CGPA pun kelas dua sahaja Pakcik.”


Lamaranmu ya kutolak. Kamu graduan 'cukup makan' sahaja, lantas bagaimana mahu mendidik anak-anakmu kelak?”

Bisikan itu datang lagi, “Ayah dia sudah bekerja.”

“Jadi kamu sudah bekerja?”

“Iya Pakcik. Saya membuka perniagaan sendiri. Seluruh semenanjung dan borneo telah saya pasarkan produk saya."

Lamaranmu kutolak. Kalau kamu asyik pergi ke sana sini, sudah tentu kamu tidak sempat meluangkan masa untuk keluargamu. ”

“Err bukan begitu Pakcik. Saya jarang-jarang sekali keluar 'out-station'. Produksaya juga tidak berapa laku.”


Lamaranmu tetap kutolak. Apa yang kamu boleh beri pada keluargamu nanti , kalau perniagaanmu sahaja tidak berjaya?

Bisikan kembali, “Ayah, bukankah yang paling penting dia mampu membayar maharnya kan.”

“Apa mahar yang ingin kau berikan pada anakku?”

“Sepersalinan alat solat Pakcik.”


Lamaranmu kutolak. Alat solat di rumah ini pun dah banyak. Maaf.”

“Tapi saya juga sudah sediakan emas satu kilogram dan RM50,000 Pakcik.”

Lamaranmu kutolak. Kau pikir aku ini materialistik, dan menukar anakku dengan wang dan emas, begitu? Maaf anak muda, itu bukan caraku.”

Bisikan lagi tanpa putus asa, “Dia mahir IT,ayah”

“Kamu mahir internet?”

“Oh iya Pakcik. Rutin saya melayari internet hampir setiap hari

Lamaranmu kutolak. Nanti kamu cuma asyik berinternet, menghabiskan masa di alam maya dan tidak membantu mengurus anak istrimu di dunia nyata.”

“Tapi saya cuma buka untuk tengok e-mel saja Pakcik.”

Lamaranmu kutolak. Jadi kamu tak tahulah apa itu Facebook, Blog, Twitter, Youtube? Aku tidak mahu menantu ketinggalan macam kamu, tidak tahu ilmu terkini.

Bisikan, “Tapi Ayah…”

“Kamu kesini tadi naik apa?”

“Kereta Pakcik.”

Lamaranmu kutolak. Kamu mau menunjuk-nunjuk yang kamu itu kaya. Itu namanya Riya’. Nanti hidupmu juga akan boros. Harga minyak kan makin naik.”

“Emm saya cuma menumpang kereta sahabat saya Pakcik. Saya tiada lesen”

“Lamaranmu kutolak. Nanti kamu minta isterimu memandu juga ya? Susah mcam ni. Kamu ingat anakku ini seorang driver?”

Bisikan, “Ayahh..”

“Kamu merasa dirimu hensem ya?”

“Tidak pakcik, biasa sahaja”

Lamaranmu kutolak. Kamu tidak selidiki dirimu dahulu sebelum melamar anakku yang cantik ini.”

“Tapi pakcik, di kampung, sebenarnya banyak pula yang meminati saya Pakcik.”


Lamaranmu kutolak. Kamu berpotensi menjadi seorang playboy. Nanti kamu bakal curang pada anakku!”

Mata si muslimah mula berkaca-kaca, “Ayah, tak bolehkah ayah tanyakan soal agamanya, selain tentang harta dan fizikalnya sahaja?”

Si ayah menatap wajah si anak, dan berganti menatap sang muda yang sudah menyerah pasrah.

“Nak, apa adakah yang engkau hafaz dari Al Qur’an dan Hadits?”

Si pemuda telah putus asa, tak lagi merasa punya sesuatu yang berharga. Pun pada soalan ini ia pasrah, jawabnya, “Pakcik, dari tiga puluh juz saya cuma hafaz juz ke tiga puluh, itupun yang pendek-pendek saja. Hadits-pun cuma dari Arba’in yang terpendek pula.”

Si ayah tersenyum, Lamaranmu kuterima anak muda. Itu cukup. Kau lebih hebat dariku. Agar kau tahu saja, membacanya saja pun, aku masih tertatih.” Mata sang muda ikut berkaca-kaca.

~Bukankah semua akan indah jika berakhir happy ending? (^_^) ~

(Cerita ini hasil nukilan salah seorang sahabiah dari indonesia...saya ubah serba sedikit bahasanya agar mudah difahami...namun pastinya ada kekurangan dan kelemahan..kemaafan jua dipinta namun mesejnya yang ingin saya kongsi bersama anda)

Alfana: Mabruk buat sahabat-sahabatku yang telah melangkah ke fasa baru...alam perkahwinan jua sebagai ibu dan bapa buat si anak tersayang...Pasti ada kenangan-kenangan suka duka sepanjang tempoh itu...Walau apapun 'ceritanya', jangan sekali-kali berhenti dari menjadi seorang pejuang agama Allah..bermula dari fardu muslim, baitul muslim, jamaah muslim...hingga ke daulah islamiyah...Sesungguhnya kebahagiaan abadi adalah apabila mendapat redhaNya yang sangat diimpi tiap hari...salam menuju mardhatillah daiman abada..

Isnin, Jun 14, 2010

Ahlan ya Rejab..



Sudah menjadi rutin salafussoleh, kehadiran bulan Rejab dianggap sebagai muqaddimah dan persediaan untuk memasuki gerbang bulan istimewa Ramadhan. Justeru, kedatangan bulan Rejab disambut dengan pelbagai doa, dipenuhi dengan pelbagai istighfar dan ibadah.

Sabda Rasulullah SAW :
"Lakukanlah apa sahaja amalan yang termampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu."

Doa yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah SAW berdoa :

"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."

-Diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi di dalam al Syu'ab dan Ibnu Abi al Dunya di dalam Mujab al Da'wah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks