Isnin, Mei 31, 2010

Israel attacks Gaza aid fleet - Middle East - Al Jazeera English

Israel attacks Gaza aid fleet - Middle East - Al Jazeera English

Misi LL4G

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv) Bantulah barisan pejuang-pejuang ini Ya Allah...


Khaibar2 Ya Yahud..Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud

Takbir!!!


berita lanjut, sila lihat http://haluanpalestin.haluan.org.my/


Sabtu, Mei 29, 2010

Mesej daripada Illahi


Muqaddimah

"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (Surah Al-Ankabut 29:2)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Manusia yang paling kuat diuji adalah para Rasul kemudian yang mengikutinya, kemudian yang mengikutinya sesuai dengan tahap iman masing-masing." (Riwayat Ahmad)

Musibah

Takrifan = Sesuatu yang tidak disukai oleh manusia iaitu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain.

Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Mengapa Allah datangkan itu semua?

Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Info selanjutnya saya cadangkan membaca Solusi Isu 19 = Musibah : Pahit di dunia Manis di akhirat.

Penilaian ke atas diri

Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah....bait-bait lirik lagu yang pernah menjadi mainan bibir. Ya, kehidupan diwarna-warnikan dengan suka dan duka. Jika kuimbas kembali, ku diuji dengan musibah 'kehilangan' sejak kecil.. Sudah tentu, kekasihku menjadi idola diriku...

Apalah sangat tidak mengenal datuk dan nenek sebelah bapa sejak lahir berbanding Sayyiduna Rasulillah yang tidak mengenal bapa ketika masih dalam kandungan bondanya...

Apalah sangat kehilangan ayahanda ketika berumur 6 tahun sedangkan Sayyiduna Rasulillah yang kehilangan bondanya ketika berusia 6 tahun...

Apalah sangat kehilangan bapa saudara yang sangat dikasihi selepas 2 bulan bapaku 'pergi' sedangkan Sayyiduna Rasulillah kehilangan 2 orang peneman yang sangat setia dan disayangi dalam tahun yang sama jua pergi bertemu Illahi...

Apalah sangat kehilangan nenda yang menjaga sejak kecil ketika berumur 13 tahun sedangkan kekasihku kehilangan nenda tercinta ketika berumur 8 tahun...

Apalah sangat kehilangan adinda tercinta kini sedangkan Nabi sentiasa diuji tanpa henti....

Kuatkan diriku dan keluargaku ya Allah sebagaimana kekasih kami, Sayyiduna Rasulillah mengharungi kehidupan ini...Moga musibah ini tanda kasih sayangMu sentiasa bertambah untuk hamba yang kerdil ini.. jauhkan diriku dari murkaMu...thabatkan hatiku agar terus berjuang dalam menegakkan syiar agamaMu dan berikan jua mahabbah dan kuatkan hati sahabat-sahabatku agar terus berjuang tanpa jemu dan ragu...Ameen

Al- Fatihah untuk mereka yang telah pergi dan sentiasa dalam ingatan sehingga kini... Al-Fatihah..

p/s : Gambar di atas telah dihantar oleh salah seorang sahabat ketika aku dalam kesedihan...Terima kasih kerana memahami...

Khamis, Mei 27, 2010

Bukan semua alkohol haram

Umumnya umat Islam melihat setiap yang mengandungi alkohol itu adalah haram. Apakah beza arak dengan alkohol?
Tanggapan sedemikian tidak tepat. Memang sebagai umat Islam, kita wajib mencari yang halal. Dalam hal ini sudah pastilah bebas daripada arak dan alkohol atau juga secara umumnya dikenali sebagai etanol.Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.Tokoh Islam kontemporari, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi misalnya pernah mengeluarkan pandangan bahawa penggunaan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan. Alkohol yang dimaksudkan adalah etanol yang mungkin digunakan sebagai pelarut atau pembawa kepada bahan seperti perisa atau pewarna makanan. Istilah alkohol yang dimaksudkan di sini bukanlah arak. Kerana jika arak ditambah, walaupun pada kadar yang sedikit, tidak memenuhi keperluan halal.

Alkohol, secara umumnya pula merujuk kepada etanol tulen dan etanol nyahasli pada sebarang kepekatan (proof).Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH). Sebagai contoh, iso-propil alkohol, metil alkohol (metanol), butil alkohol (butanol), propil alkohol (propanol), sorbitol dan inositol. Sorbitol misalnya, walaupun ianya tergolong dalam kumpulan alkohol adalah pemanis dan tidak mempunyai sifat yang memabukkan. Bagaimanapun, seperkara yang perlu dijelaskan adalah tidak semua etanol terhasil daripada proses pembuatan arak. Ini kerana terdapat juga etanol yang terhasil daripada proses penapaian tumbuhan yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak, seperti alkohol industri. Etanol juga boleh terjana secara sintesis kimia iaitu daripada sumber petroleum, melalui hidrasi etilena.

Etanol adalah salah satu sebatian yang terkandung dalam arak dan sebatian inilah yang sebenarnya akan menyebabkan peminumnya menjadi mabuk. Selain dariapada itu, arak juga mengandungi sebatian lain seperti ester, asid, aldehid, keton dan sebagainya yang membentuk sifat-sifat rasa arak itu.
Daripada segi industri pula, ada etanol yang hasilkan untuk berfungsi sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri dan digunakan dalam perisa, pewarna, cat, kosmetik dan ubatan yang tiada kaitannya dengan penghasilan arak.

Perbezaan utama antara arak dan etanol industri ini adalah dari segi tujuan ia dihasilkan. Arak dihasilkan dan boleh menyebab kemabukan manakala etanol industri adalah sebagai pelarut untuk pelbagai bahan industri.


Kalau begitu, penggunaan alkohol sebagai bahan cita rasa adalah dibenarkan?
Dalam hal ini Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 24 Nov. 1988 telah mengeluarkan kenyataan bahawa kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
  • Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
  • Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.
Istilah al-kuhl itu sendiri adalah perkataan Arab yang diperkenalkan oleh saintis Islam zaman dahulu. Bahan ini tidak semestinya ada kena mengena dengan pengeluaran arak. Demikian juga dengan etanol, walaupun ada yang digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol tetapi ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain. Antaranya sebagai dalam pencuci, bahan kimia untuk uji kaji makmal, bahan bakar, pelarut untuk pengekstrakan bahan warna, pelarut untuk pengekstrakan produk perubatan dan pelarut untuk pewangi. Malah, etanol juga turut disapu pada lengan kita sebelum diberi suntikan oleh doktor untuk membersih dan mengelak jangkitan.
Mengikut Peraturan Makanan (1985) di bawah Akta Makanan (1983), bahan minuman yang mengandungi lebih dua peratus kandungan alkohol hendaklah dipamerkan dengan perkataan 'Arak Mengandungi % Alkohol' pada botolnya.

Apa pula kegunaan alkohol nyah-asli?
Alkohol nyah-asli bermaksud penambahan bahan tambah seperti metanol, pyridine, denotorium kepada etanol tulen yang dihasilkan secara sintesis kimia petroleum atau fermentasi bahan pertanian. Dengan menggunakan bahan tambah ini menjadikannya beracun, atau menjadi pahit dan tidak boleh dimakan. Ini dapat menutup ruang atau kesempatan di mana bahan yang ditambah dengan etanol tersebut boleh digunakan sebagai arak. Bahan tambah lain yang digunakan untuk industri seperti iso-propanol, gasolin, metil-etil keton, klorofom, metil-isobutil keton dan denatonium benzoate.

Apa pula kesan pengambilan alkohol kepada tubuh badan kita?

Berdasarkan kajian yang dilakukan dalam bidang perubatan, alkohol (etanol) akan mula memberi kesan kepada tubuh apabila kandungan alkohol dalam darah (Blood Alcohol Content atau BAC) berada pada tahap 0.06 hingga 0.09 g/100 ml (lihat rajah Tahap Ketosikan Pengambilan Alkohol Kepada Manusia). Dalam mengkaji etanol dalam tubuh manusia, kita boleh merujuk kepada model matematik metabolisme yang diperkenalkan oleh Dr. Erik Matteo Prochet Widmark (1889 - 1945), seorang ahli fisiologi Sweden. Berdasarkan bukunya, Principles and Applications of Medico-legal Alcohol Determination (1932).

Hasil kerja Widmark sangat terkenal hinggakan pada tahun 1965, University of Indiana menubuhkan Anugerah Widmark bagi menyanjung kerja beliau. Perjalanan etanol dalam badan pula adalah seperti berikut. Etanol tidak perlu dihadam kerana ia cepat diserap oleh badan. Lebih kurang 20% diserap terus melalui dinding perut yang kosong dan boleh sampai ke otak dalam masa satu minit. Kemudian diserap secara pantas pada bahagian atas usus kecil, dan dari situ dibawa oleh darah ke hati dan akhirnya ke buah pinggang. Hanya sel-sel hati mengeluarkan enzim dehydrogenase pada jumlah yang mencukupi untuk penguraian alkohol. Secara tabiinya, wanita menghasilkan jumlah dehydrogenase yang kurang berbanding lelaki. Sebab itu, secara teorinya kaum wanita akan lebih cepat mabuk berbanding lelaki.

Baru-baru ini, isu pengharaman penggunaan cuka wain disentuh. Ada juga pihak yang meminta keputusan itu dikaji semula. Apa pandangan saudara:

Pengharaman cuka wain itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-76 pada 4-6 April 2006. Keputusan Muzakarah adalah: Haram menggunakan cuka wain yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal. Cuka wain ini banyak digunakan dalam penyediaan pencuci mulut, bahan perap daging, salad dressing, mustard, jeruk dan sos.

Bagaimanapun, saya suka mencadangkan agar kita melihat kepada tiga aspek sebelum membuat keputusan dalam hal ini.


Pertama, memahami asas kepada pengharaman itu. Salah satu daripadanya berdasarkan kepada istilah wain iaitu mengharamkan sesuatu itu disebabkan konotasi pada namanya.
Contohnya, kalau wain ia mesti haram. Begitu juga kalau istilah bak kut teh (sup babi) membawa kepada konotasi bahan yang haram. Dalam Standard Makanan Halal (MS1500) (Semakan Kedua) yang dikuatkuasakan mulai November 2009, mana-mana produk yang mempunyai istilah yang membawa kepada konotasi bahan yang haram tidak akan diberi pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kedua, kita perlu menjelaskan apakah maksud campur tangan bahan luar sehingga menyebabkan cuka wain itu haram. Ia supaya berlaku adil kepada realiti dan pihak industri. Sebabnya, dalam industri sekarang, memang secara sengaja dimasukkan bakteria asid asetik supaya hasilnya dimana alkohol secara pastinya akan bertukar menjadi cuka. Mereka ini tidak boleh mengambil risiko. Misalnya menyediakan 10 tong untuk dijadikan cuka wain atau cuka asli, jika kita membiarkan proses tersebut berlaku secara tabie tanpa dikawal atau diinokulasi secara sengaja, tidak dapat dipastikan sama ada proses fermentasi tersebut akan menghasilkan cuka atau ia akan akan rosak akibat daripada pencemaran bakteria lain.

Ketiga, peratusan kandungan alkohol di dalam cuka tersebut. Kajian yang kami lakukan di atas sampel-sampel yang diambil daripada pasaran setakat ini mendapati kandungan paling tinggi alkohol dalam cuka adalah 0.18 peratus.
Ini menjelaskan bahawa kandungan alkohol sedemikian adalah rendah dan kemungkinan besar tidak boleh memabukkan.

Selasa, Mei 18, 2010

Genap 100 hari...


Moga dirimu tenang di sana...


Isnin, Mei 17, 2010

Terima Kasih Guru

Dedikasi untuk guru-guruku dari dulu hingga kini...sahabat2 dan pengunjung yang bergelar muallim/muallimah/guru/cikgu/ustaz/ustazah dan seumpama dengannya..tiada ungkapan dan balasan yang selayaknya...hanya doa dan ingatan sepanjang kehidupan agar dirimu terus diredhai Allah selalu...

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN...SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN...
TERIMA KASIH...

WASSALAM...

p/s : terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan hadiah...

Isnin, Mei 10, 2010

Ikut jejak

"Jika engau ingin mengikut jejak para imam kuatknlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menangung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikn,hanya dilihat sang penciptaan..."

- Imam Al-Ghazali-

Ahad, Mei 09, 2010

Selamat Hari Ibu

Dedikasi buat bonda tercinta...yang sentiasa sabar mengandungkan, melahirkan, mentarbiyah dan berperanan sebagai pengganti arwah abah sejak 20 tahun yang lalu...Jua buat semua bonda/ummi/mak/ibu di seluruh dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks