Selasa, April 06, 2010

Buatmu adik

Cepatnya masa berlalu....

Hari ini genap 2 bulan dia meninggalkan kami sekeluarga. Kali ini sambutan hari lahirnya tanpa sebarang kata-kata yang terucap, senyuman yang terukir atau usikan manja kakak dan si adik..hanya titipan doa ku hadiahkan untukmu agar tenang di alam sana.

Selamat Hari Lahir ke 25...Al Fatihah

Hari ini hari lahir Ajie ke 25. Sekejap cuma Allah pinjamkan dirimu buat kami. Kebetulan tarikh Ajie pergi sama dengan tarikh hari lahirnya cuma 2 bulan lebih awal...ada orang kata kebiasaannya begitu. Ajie juga lahir hari Sabtu dan meninggal hari yang sama.Tahun ini, Ajie tak sempat nak rasa gaji pertama Angah. Kalo dulu tiap kali beli barang, aku pasti teringat ole-ole yang perlu dibeli untuk dia. Aku juga pernah berangan nak bawa dia pergi ronda-ronda, makan-makan dan beli apa sahaja yang dia mahu. Namun hajatku tak kesampaian. Ya Allah, betapa rindunya aku pada si dia.

Kenangan terakhir bersama

Jika diimbas kembali saat-saat terakhir bersamanya, aku rasa bersyukur kerana dapat meluangkan masa setiap minggu di kampung dengannya. Seminggu sebelum pemergiannya, ketika saudara mara di Perak..di rumah hanya aku, Ajie dan mak. Agar tidak terasa kesepian, aku nekad nak bawa Ajie ronda-ronda di Giant. Tak sangka, kereta kancil makcikku muat untuk kami bawa kerusi roda Ajie di 'seat' belakang. Aku bawa Ajie ronda-ronda di dalam Giant. Ingat lagi masa tu mak nak cari tikar getah Ajie kerana yang lama sudah koyak. Aku usiknya ganti 'taik hidung nta'...sebab tikar tu akan bergentel-gentel macam taik hidung..terngiang lagi gelak manjanya sambil menafikan kenyataanku itu.

Masa tu, ramai sangat orang kat Giant. Ajie tak boleh berada dalam keadaan panas dan sesak. Jadi, setelah berbincang dengan mak, aku bawa Ajie keluar dari kaunter bayaran dan berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai dan kedai-kedai kecil di luar. Tengah aku menolak kerusi rodanya, Ajie minta izin padaku "Ngah, ana nak tengok jam tangan, boleh?""Ok, ana bawa nta ke kedai tu, nta tengok-tengokla jam kat situ...ana nak beli majalah jap, pastu ana datang semula ye"...Ajie memang suka jam sejak dulu lagi. Alhamdulillah, aku tak mengecewakan permintaannya. Cuma aku terkilan kerana tak dapat beli pape untuk Ajie sebab masa tu aku tak mampu..maafkan Angah ye Jie.

Rupa-rupanya itulah kali terakhir aku bawa Ajie jalan-jalan..

bersambung.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Nak Kenal Lagi??

Emel = alsalsabil@hotmail.com
YM = zanjabil27@yahoo.com
FS = laislamic@yahoo.com

Great Morning ©  Copyright by RaUDhaH Al-BaAn | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks